Header Latest

CHERAS

| Friday, November 6, 2009

Asal Usul Cheras

Mukim Cheras dipercayai telah dibuka sekitar penghujung tahun 1876. Peneroka awal yang membuka perkampungan penduduk di kawasan ini ialah Tuan Syed Yahya bersama beberapa orang dalam kumpulan beliau yang berasal dari Acheh dan beliau telah meninggal dunia pada tahun 1904. Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Cheras iaitu :

Pendapat Pertama :
Adalah dipercayai pada suatu ketika terdapat sekumpulan buruh yang sedang membina Jambatan Sungai Langat di Kampung Balakong. Ketika bekerja, mereka telah menjumpai sebatang kayu besar yang sukar dipotong kerana terdapat teras di bahagian dalam kayu itu. Ekoran daripada peristiwa tersebut, tempat kayu ini dijumpai kemudiannya dikenali sebagai Teras dan akhirnya sebutan tersebut ditukar menjadi Cheras.

Pendapat Kedua :

Terdapat sebatang pokok Teras yang besar dan terendam di dalam sungai. Oleh kerana pokok Teras ini merupakan sejenis pokok yang baik, maka penduduk setempat bersepakat untuk menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Cheras dan sebatang sungai pula dinamakan sebagai Sungai Cheras.

Pendapat Ketiga :

Pedagang-pedagang berketurunan Cina di kawasan ini sering menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan. Dalam bahasa Cina, pergi dan balik disebut sebagai "chow lai" dan lama kelamaan sebutan tersebut menjadi terbiasa dengan sebutan Cheras.

3 Maklum Balas:

Syed Norzalman said...

Sumber bahan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan (UPEN)

Al-Abid said...

Mungkin juga dari Chera Dynasty di mana Raja terakhirnya yang memerintah antara tahun 800 - 1102 AD iaitu Rama Varma Kulashekhara dikatakan telah memeluk Islam secara rahsia dan telah mengarahkan pembinaan masjid yg didakwa pertama di India. Nama rasmi beliau ialah Cheraman Perumal Rama Varman Kulashekhara di dalam House of Cheras

Anonymous said...

Saya setuju

"Mantera Jiwa Penyembuh Lara Dunia"