PELURU BUTA

| Friday, November 6, 2009

Tinggalkan Satu Peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu? Dah Jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan, siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah-menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang, ke situ ku tuju
Biarpun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari
Ku pergi, asal ku menang!

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa hidup mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah dipuja.

1 Maklum Balas:

Syed Norzalman said...

"Lirik lagu yang dipopularkan oleh M. Nasir dan Awie..ingatlah betapa perlunya kita menyimpan peluru simpanan untuk kegunaan kecemasan.."

"Mantera Jiwa Penyembuh Lara Dunia"