Header Latest

KUALA PAJAM

| Monday, November 30, 2009

Asal Usul Kampung Kuala Pajam

Kampung Kuala Pajam terletak di sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Kampung ini telah diterokai sekitar tahun 1914 oleh sekumpulan peneroka dari Negeri Sembilan. Kampung ini mendapat nama daripada sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah kampung yang berpunca dari Batang Benar dan Pajam di Negeri Sembilan serta Beranang. Kesemua sungai tersebut mengalir dan telah bertumpu ke kuala sungai di kawasan kampung ini. Asal nama "pajam" berhubung kait dengan asal usul nama Beranang dan Kampung Sungai Kembong.

"Pajam" bermaksud telah meninggal dunia dalam bahasa Minangkabau dan dikatakan berhubung kait dengan sejarah Beranang iaitu akibat daripada pertempuran yang telah menyebabkan mayat-mayat kelihatan seolah-olah berenang di dalam sungai yang dipenuhi darah dan telah hanyut ke hilir sungai sehingga sampai ke Kampung Kuala Pajam. Apabila mayat-mayat ini sampai di kuala sungai tersebut, penduduk di situ mendapati mata mayat hanyut tersebut telah terpejam (pajam) atau telah meninggal dunia. Selepas beberapa hari kemudian, mayat-mayat tersebut hanyut ke hilir sungai hingga tiba di Kampung Sungai Kembong.

3 Maklum Balas:

DropShot said...

mayat kalau hanyut dalam sungai tak boleh pergi jauh, mesti dah tersangkut kat semak2 kat tepi nun.
Jadi takkan mayat dari Beranang buleh sampai ke Kg Pajam kot, jauh benor tu

Syed Norzalman said...

Hahaha..tulaa cerita orang tua-tua kalau tak nampak HEBAT taklah jadi topik hangat kat warung kopi waktu masa lapang.

Unknown said...

Banyak versi..ni salah satunya...wallahua'lam

"Mantera Jiwa Penyembuh Lara Dunia"